PENDAHULUAN



TAK KENAL MAKA TAK CINTA

            Dengan setulus rasa gembira saya ingin mengucapkan syukran kasyir pada semua yang menyokong saya dalam pembinaan laman blogger Sekolah Agama Felda  Sri Jaya . Semoga dengan adanya blogger ini akan memantapkan lagi institusi agama di negara kita.
          Sebenarnya banyak yang perlut dipelajari oleh generasi anak-anak kita agar menjadi mukmin dan mukminah yang berjaya di dunia dia akhirat. Dengan cogankata Ilmu dan amal asas kejayaan murid-murid akan diajar dengan pelbagai jurusan ilmu agama.
          Murid-murid akan belajar di sini seawal usia 5 tahun dan menamatkannya seawal usia 13 tahun. Tiga tahap pelajaran di sekolah ini ialah:-
          1. usia 5 dan 6 tahun - Tadika Agama Johor
          2. usia 7 hingga 12 tahun - darjah 1 hingga 6
          3. usia 13 tahun- darjah khas.
Murid-murid yang belajar di sini akan menamatkan pelajarannya dan mendapat sijil:-
          1. Tadika Agama Johor
          2. Sijil UPKK -darjah 5
          3. Sijil Darjah Enam Agama SDEA
          4. Sijil Darjah Khas Agama SDKA
Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi disini bermanafaat untuk diri, keluarga dan negara. Selamat belajar sayang......